Sulit
3 tahun
Sudah taril nafas dalam
Hai doktor, saya berumur 22 tahun. Sejak 3 hari lepas saya berasa panas tekak dan telah menyebabkan susah untuk saya menarik nafas secara dalam2. tetapi berlaku kadang2 sahaja. susah juga untuk saya menarik nafas lama. Kenapa ye doktor? Adakah berkenaan dengan paru2 saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami adalah mirip sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Hipoventilasi akibat obesiti
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Memandangkan sesak nafas boleh jadi risiko untuk sesuatu keadaan yang merbahaya, maka digalakkan untuk anda segera berubat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.




































