
Sulit
4 tahun
Sudden change in body temperature - help
Doc, saya mengalami demam 2 hari lepas. Saya ke klinik dan doc telah diagnosed saya mengalami Stomach Flu. Keesokannya saya kembali pulih. Namun malam itu saya merasa sejuk (almost unbearable), tangan dan kaki saya juga sejuk walaupun memakai selimut seolah2 sejuk itu dtgnya dari dalam. Selepas beberapa jam, tiba2 saya merasa sangat panas, begitu juga badan saya sehingga saya berpeluh. Kejadian ini berlaku semua keesokan paginya dan malamnya. Saya sungguh tidak selesa hingga saya tidak mampu tidur kerana terlalu sejuk/terlalu panas.
Adakah saya cuma on and off fever atau adakah saya perlu mendapatkan rawatan di klinik/hosp?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana keluhan demam adalah bersifat subjektif selagi anda tidak memeriksakan diri dengan termometer dan menyatakan suhu tubuh anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun, demam boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
- demam denggi
- viral
- penyakit tuberkulosis
- jangkitan kuman dan bakteria
- penyakit autoimmun pada fasa ‘flare’ seperti SLE
- perubahan suhu dan iklim sekeliling
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih. Keterangan ini ialah jawapan secara am.