
Sulit
5 tahun
Suhu demam panas yang betul
saya ibu kepada seorang bayi yang kini sedang demam. hari ini hari ketiga dia demam. masih aktif, cuma merengek mungkin sebab xselesa. saya nak tanya, suhu mana yang tepat untuk tahu tahap panas badan anak saya, diketiak suhunya 37.3°c,telinga 38.7°c,dahi 39°c.apakah perlu saya bawa anak saya kehospital? dihospital perlu ke bahagian kecemasan terus ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, suhu yang paling tepat ialah suhu rektum. Suhu ketiak boleh digunakan untuk kanak-kanak tetapi bacaan nya boleh menjadi kurang tepat. Suhu telinga pula disarankan untuk kanak-kanak yang berusia lebih dari 2 tahun. Anda boleh pilih mana-mana bacaan, tetapi untuk pantaun suhu badan anak anda, pilih satu sahaja dan rekodkan perubahan suhu badannya. Anda boleh bawa anak anda ke klinik terdekat untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.