
Sulit
5 tahun
Sukar bernafas dan lain lain
hi doktor, saya wanita berumur 21 tahun, saya ingin bertanya kenapa saya seringkali sukar bernafas atau nafas pendek, saya sentiasa berada dalam keadaan cepat risau dan panik. Saya juga sukar untuk tidur pada waktu malam, sampai satu tahap saya sentiasa berjaga sehingga 7 atau 8 pagi, saya juga ada masalah suka pendam sendiri dan kadang kadang buat saya tertekan. Apakah penyakit saya dan cara untuk atasinya ya doktor? Terima kasih doktor kerana membantu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah yang anda hadapi ini boleh disebabkan oleh:
- Hipertiroid
- Masalah kebimbangan atau anxiety
- Jangkitan tuberkulosis
- Masalah ritma jantung
- Insomnia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.