mixsiussmile
3 tahun
Sukar bernafas dan mudah berpeluh
saya berumur 21 tahun. Saya mengalami sesak nafas, sakit belakang dan tangan mudah berpeluh. Adakah ini berpunca daripada daripada perasaan takut atau cemas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Mengikut kefahamas saya, perasaan takut/cemas ini saya percaya sebagai panic attack.
Gejala panic attack merupakan seperti berikut: masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Perasaan takut atau rasa sesuatu yang bahaya akan berlaku
Takut hilang kawalan atau akan mati
Jantung berdegup laju
Berpeluh
Bergegar atau menggeletar
Sukar bernafas atau dada rasa sempit
Menggigil
Muka merah
Mual
Sakit perut
Sakit dada
Sakit kepala
Pening kepala, kepala rasa ringan, kepala rasa berpusing
Kebas atau rasa semut-semut
Rasa terkeluar dari realiti
Selain itu, sesak nafas boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































