Sulit
3 tahun
Sukar bernafas dantangan kaki kebas
Saya mengalami sukar bernafas dah 2 hari…nafas macam tersekat …macam ade block angin di leher…dah 3hari…tapi arini mula kaki kebas…apakah yangbpwrlu saya buat? Sebelum ni saya pernah buat check up…saya ada colestrol and doc ade on ubat…tapi atas kecuaian saya saya xmakan ubat tersebut…now sejak ade kes covid19 ni saya mulakan semula amkan ubat tersebut sebab bimbang akan penyakit saya iti akan membuatkan antibodi saya xkuat untuk melawan virus tu sekiranye saya dijangkiti…so ape yang pwrlu saya buat sekarang doctor?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sukar bernafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gangguan Kebimbangan (Anxiety disorder)
- Kemurungan
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- Penyakit TB
- Alahan
Setiap penyakit memiliki penawar begitu juga masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.