
Sulit
4 tahun
Sukar bernafas & kerap menarik nafas panjang
saya berumur 18 tahun, setelah pulang ke rumah saya terasa sukar utk bernafas dan kerap menarik nafas panjang. suhu badan pula tidak menentu dan sakit kepala serta leher. Adakah ini boleh jadi simptom kpd Covid19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumsalam, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, hanya dengan maklumat yang anda berikan, ianya tidak mencukupi untuk pihak kami membuat kesimpulan mengenai punca sebenar masalah anda.
Namun, saya tidak menolak kemungkinan untuk sesak nafasa anda berpunca dari masalah lain seperti
- Anemia - kurang darah merah
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Selain itu, sekiranya sesak nafas sahaja tanpa ada gejala lain seperti demam dan batuk, ianya mungkin tidak merujuk kepada jangkitan COVID-19.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.