
acekid00000
5 tahun
Sukar bernafas, saluran pernafasa seperti tersumbat
Hi, saya berumur 21 tahun, saya sudah lima minggu mengalami ini ,dimana saya merasakan dibagaian farinks saya seperti tersumbat. Seperti ada kahak yang membuat tersumbat tetapi sebenarnya tiada kahak,. Ia membuatkan saya sukar untuk bernafas, lagi - lagi ketika saya baring. Saya kurang pasti adakah bahagian farinks, yang saya pasti kalau kita tersedut air dari hidung bahagian tersebut akan rasa sakit, disitu lah saya rasa yang macam tersumbat.saya agak risau sebab sudah 5 minggu. Adakah ia penyakit kronik yang perlukan ubat atau boleh sembuh sendiri?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah tekak berkahak biasanya boleh disebabkan oleh:
Biasanya, tekak kahak boleh dilegakan dengan mengambil ubat selsema dan ubat pencair kahak. Terdapat pelbagai jenis ubat yang boleh didapati di farmasi. Anda juga boleh mengambil langkah seperti minum air suam dan mengambil Vitamin C. Bagi mengatasi masalah selsema dan berkahak anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.