Sulit
2 tahun
Sukar bernafas waktu malam
Hi doctor, saya seorang student 22y/o, saya kerap mengalami rasa senak di dada seperti sukar bernafas bila baring pada waktu malam sebelum tidur. normal ke doctor? saya ada gastrik juga.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan diatas, anda mengalami masalah kesukaran bernafas pada waktu malam
disertai dengan rasa senak didada. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala seperti ini lazimnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Gangguan perasaan
- Pergerakan tangan yang terlalu aktif
- Mengangkat barang yang berat dengan teknik yang salah
- Alahan
- Resdung
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Kekurangan darah atau anaemia
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Asma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.