
smunirah.munabir
5 tahun
Sukar menelan & pening dialami oleh 2 ahli keluarga
Saya wanita 34 tahun tinggal bersama ibu bapa. Sejak beberapa hari yang lepas saya mengalami keadan sukar menelan. Hari ini diikuti oleh pening. Simptom serupa juga dialami oleh ayah tetapi beliau turut alami sakit tekak. Agak bimbang memandangkan ayah adalah penghidap asthma kronik. Adakalanya hidung saya seperti tersumbat tetapi tidak selsema. Adakah ini tanda-tanda awal jangkitan covid 19? Apa yang perlu saya lakukan memandangkan saya dan ayah tiada sejarah keluar negara atau berjumpa dengan sesiapa yang positif. Kondisi ayah agak membimbangkan disebabkan masalah kesihatan sedia ada.

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Oleh kerana anda mengalami masalah sesak nafas dan batuk, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain COVID-19, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti:
- Radang tonsil
- Jangkitan pada saluran pernafasan
- Trauma pada tekak
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini