Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sukar tidur waktu malam, suhu naik pada waktu malam, batuk, sakit dada

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 18, 2020 1:41 AM
Sulit 50 hari

Minta maaf doktor, saya lelaki yang berusia 20 tadi. Saya lupa nak tambah. Saya juga sukar untuk tidur malam sejak kebelakangan ini. Saya tidur malam pun lenanya sebentar sahaja kemudian terjaga ketika tengah malam. Akan tetapi ketika waktu pagi saya berasa mengantuk dan tidur sehingga waktu tengah hari.Maksudnya, saya tidur lena dan lama di waktu siang tetapi tidak len pada waktu malam. Waktu tidur saya sudah lain. Jadi bagaimana ya doktor ?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Banyak lagi soalan yang perlu ditanyak sebelum kami dapat membuat kesimpulan. Akan tetapi, anda mungkin mengalami masalah insomnia.

Untuk makluman pihak anda, masalah insomnia ini boleh diatasi dengan mengamalkan “Sleep hygiene”. Ianya adalah cara atau teknik untuk mendapatkan kualiti dan tidur yang secukupnya. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:

  • Tidur pada masa yang sama pada setiap hari

  • Bangun tidur pada masa yang sama pada setiap hari

  • Elakkan tidur pada waktu siang terutamanya pada waktu petang

  • Tutup lampu dan pintu yang boleh menyebabkan bilik tidur menjadi terang

  • Tidur dengan kadar yang cukup, contohnya tidur 8 jam pada setiap hari

  • Gunakan katil hanya untuk tidur elakkan buat aktiviti lain di atas katil seperti belajar, membaca dan sebagainya

  • Elakkan minum minuman berkaffein seperti kopi, air berkarbonat, teh dan sebagainya terutamanya selepas waktu petang

  • Elakkan dari minum minuman beralkohol

  • Berhenti merokok atau elakkan merokok sebelum waktu tidur

  • Elakkan daripada memandang skrin komputer, televisyen atau telefon bimbit sebelum tidur kerana ia boleh merangsang melotonin

  • Bersenam selalu sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari 5 kali seminggu

  • Elakkan daripada memaksa diri untuk tidur atau segera tidur jika masih tidak mengantuk

Dengan mengamalkan “sleep hygiene”, kualiti dan durasi tidur dapat ditingkatkan dan pesakit dapat merasakan kesan positifnya.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

AdobeStock_41699827

Dikemaskini pada: Mon May 18 2020 01:41:36 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi