Sulit
4 tahun
Sukar untuk bernafas Kerap menguap dan gatal kerongkong
Saya Siti Aqilah umur 26 tahun dalam 2 hari berturut ni saya sukar bernafas bila baring sukar untuk nak tidur waktu malam tapi bila bangun pagi terasa ok pernafasan…kerap menguap bila dapat menguap tu saya rasa puas…cuma gatal kerongkong sahaja…tiada demam selesema batuk…saya nak tahu tentang diri saya…boleh doktor bantu saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kesukaran bernafas disertai dengan gejala kerap menguap dan gatal kerongkong yang dialami oleh anda. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Gangguan perasaan
- Kekurangan darah atau anaemia
- alahan
- resdung
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru (pneumonia)
- asma
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan dokto




































