Anonymous
6 tahun
Suntik perancang mengelak hamil
saya seorang ibu dan masih menyusu badan bayi umur 9bulan…soalan saya ialah bilaka masa sesuai untuk suntik perancang selepas haid?..boleh ka saya ambe suntik perancang pada hari ke18 haid…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Secara amnya, suntikan diambil pada hari yang ke-4 selepas haid bermula.
Bagi ibu yang menyusu bayi selepas bersalin-
- Suntikan sebaiknya diberi pada atau sebelum 6 minggu
Bagi ibu yang tidak menyusu bayi selepas bersalin-
Suntikan boleh diberi bila-bila masa selepas hari ke 5, tetapi sebaiknya sebelum 3minggu.
Sekiranya suntikan diberi selepas 3 minggu, ibu tersebut seharusnya menggunakan kaedah perancang keluarga tambahan untuk jangkamasa 2 hingga 3 minggu.
Jika puan mempunyai sebarang keraguan lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































