
Sulit
4 tahun
Suntikan depo selepas mengamal jamu
Hai saya berumur 24 tahun telah mengambil suntikan depo, baru suntikan pertama .dan saya mengalami
Datang haid selama 2 minggu lebih …
Saya ingin bertanya boleh ke kalau kita amalkan
Memakan jamu untuk mengembalikan haid seperti biasa dan lancar ? Dan ade menganggu apa apa pada suntikan
Ini tak?.boleh hamil ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ganguan pada kitaran haud adalah kesan sampingan yang biasa berlaku selepas mengambil suntikan depo. Masalah ini kebiasaannya akan berkurangan semakin lama anda menggunakan kaedah perancang keluarga ini.
Untuk persoalan penggunaan jamu pula, sukar untuk saya mengulas mengenai topik ini. Walaupun mungkin terdapat testimoni baik atau mungkin ianya kepercayaan tradisi dari orang tua dan ianya adalah berkesan namun, kami pengamal perubatan hanya boleh memberi rawatan yang telah dibuat kajian mendalam dan terdapat laporan mengenai rawatan tersebut. Jamu yag dipasarkan di luar tidak menjalani kajian yang mendalam dan tidak diketahui kesan sampingan serta interaksi makanan tersebut dengan ubat-ubatan lain. Oleh itu, menurut pendapat saya, anda dapatkan pemeriksaan serta rawatan lanjut dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengabil apa-apa makanan tambahan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.