
acaciabiru
4 tahun
Suntikan lucrin dan period
Saya wanita berumur 30an. Saya baru sahaja menjalani pembedahan laparoscopy untuk membuang csyt. Selepas pembedahan Saya telah diberikan suntikan lucrin 3.75mg. Saya akan mengambil suntikan tersebut selama 3 bulan. Suntikan tersebut akan menyebabkan Saya tidak akan mrngalami period. Namun pada bulan pertama ini period Saya datang seperti biasa mengikut Hari. Saya juga turut mengalami senggugut seperti biasa. Tapi warna period Saya coklat sepanjang period Dan ia lebih panjang waktunya dari kebiasaan. Adakah Saya patut berjumpa dengan doktor atau ianya adalah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kebiasaannya anda tidak harus datang haid, namun jika anda telah datang haid dan mengalami gejala seperti senggugut, pendarahan yang berlebihan, anda harus mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.