
azuraazman27
5 tahun
Suntikan mencegah kehamilan
saya berumur 24 tahun…ada 2 orang ank…anak pertama saya ambil injection ,1 tahun tidak period.kemudian tahun ke dua saya kena appendix…saya di refer ke bahgian sakit puan sebelum tu kerana tidak period selama 1 tahun…dah selepas pembedahan.doktor sarankan utk saya stop injection…kemudian tahun ketiga saya hamil anak kedua,sekarang umur anak saya bru 9 bulan.sepanjang selepas berpantang bulan 3 saya ada dtg period sekali…dan smpai hari ni masuk bulan ke 9 saya tak datang period.saya amik injection selepas sebulan bersalin.soalan saya…adakah injection perancang akan mendatangkan kesan buruk apabila saya tidak period?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang Depo-Provera® boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Justeru, haid tidak teratur adalah efek samping daripada pengambilan suntikan perancangan yang boleh anda jangkakan. Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih