
puanhanisah
5 tahun
Suntikan perancang yang pertama, kemudian mempunyai masalah kitaran haid dalam jangka masa yang panjang
Saya keguguran pada bulan march kemudian, saya keguguran lagi utk kali kedua pada bulan May. Setelah keguguran byk kali berlaku, doktor saran kan supaya saya mengambil tindakan iaitu suntikan perancang. Setelah saya disuntik perancang keluarga buat pertama kalinya, saya mengalami kitaran haid jangka masa yang panjang. Saya period pada 6.jun.2019, tetapi darah yang keluar hanya darah hitam, darah merah hanya sedikit sahaja yang keluar. Stelah beberapa lama keluar darah hitam saja, pada tanggal 23.julai.2019 darah yang keluar tidak lagi hitam tetapi hanya warna merah sahaja. Sehingga kini 30.julai.2019 darah masih lagi keluar dan tiada perubahan. Jadi saya ingin meminta nasihat atau pandangan doktor tentang masalah yang saya hadapi, adakah ia normal atau tidak normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sebahagian besar darah coklat yang keluar semasa haid biasanya adalah normal. Darah ini coklat boleh disebabkan oleh beberapa hal, antaranya:
- darah lama
- ovulasi
- pil perancang
- jangkitan yis
- jangkitan bacterial vaginosis
- sexual transmitted disease (STD)
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih