
Sulit
4 tahun
Suntikkan perancang kehamilan
Doktor saya nak tanya , saya ambil perancang yg jenis suntik,sebelum ni darah keluar je,dan 25/8 saya suntik untuk kali ke 4 tapi darah nya tiba2 stop tk keluar selalu nya dara keluar je,adakah ni normal…dan tiba2 susu badan keluar selalu nya tidak keluar…adakah saya mengadung ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih Puan kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan solan Puan. Saya fahami kebimbangan yang Puan alami pada waktu ini. Saya akan cuba untuk membantu Puan memahami tentang pil perancang injeksi.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik.
Pil perancang injeksi mengandungi hormon medroxyprogesterone, iaitu hormon yang sama dihasilkan oleh badan. Hormon ini bertindak ke atas kelenjar pituitari untuk menghalang penghasilan telur di dalam ovari.
Terdapat beberapa kesan sampingan kontraseptif secara injeksi antaranya :
- Kitaran haid yang tidak teratur atau tidak datang
- Sakit bahgian payudara
- Sakit kepala
- Penambahan berat badan
- Sakit kepala
- Perubahan emosi
- Rasa berdebar-debar
- Perubahan selera makan
Berdasarkan simptom yang Puan alami, Puan mungkin menghadapi kesan sampingan suntikan kontraseptif. Namun sekiranya simptom ini berterusan melebihi dua bulan, Puan disyorkan untuk berhubung dengan Doktor untuk dapatkan pemeriksaan lanjut.
Puan juga boleh berhubung dnegan Pakar kami di (DoctorOnCall) untuk dapatkan khidmat konsultasi secara peribadi. Terima Kasih.