Sulit
2 tahun
Supliment untuk mengembalikan masalah kurang nafsu untuk isteri
Salam sejahtera.
Saya perlukan pandangan & bantuan dari semua untuk membantu masalah isteri.
Isteri saya kini berumur 36 tahun dan sudah melahirkan 4 anak. Sebelom kelahiran yg ke 4, hubungan sex kami dianggarkan di antara 3 hari sekali. Tetapi, selepas kelahiran anak ke 4, kami hanya dapat bersama hanya 1 kali seminggu. Saya dapati, “sex drive” isteri menurun secara mendadak.
Oleh itu, saya inginkan pandangan, jika ada produk suppliment yg boleh saya berikan pada isteri untuk merawat masalah low sex drive / libido agar kami dapat berhubungan seperti sedia kala.
Mohon bantuan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, beberapa perkara boleh menyebabkan masalah yang isteri anda menghadapi ini, contohnya:
- bergejala seperti sakit semasa seksual
- keletihan untuk menjaga anak.
- gaya hidup yang tertekan
- masalah perubahan hormon seperti semasa penyusuan
- masalah kesihatan mental seperti kemurungan
- kesan sampingan ubat
Selain itu,kami tidak menggalakkan anda mencuba sebarang ubat sebelum merujuk doktor.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah isteri anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut.
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan