
Sulit
4 tahun
Supplement consumption
Hi Dr. Saya lelaki 20an ingin bertanya jika saya ada supplement like protein for muscle boleh tak saya ambil supplement lain seperti vitamin c 1500mg + glutathione 3500mg?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri vitamin C. Oleh itu, ia harus didapati dari luar seperti dari makanan. Berbalik kepada soalan anda, pengambilan vitamin C tanpa preskripsi doktor dibolehkan mengikut dos yang telah ditetapkan oleh syarikat yang mengeluarkan vitamin tersebut.
Namun begitu, sekiranya anda mengalami masalah ketika mengambil ubat itu atau anda sedang mengambil ubat yang lain, digalakkan untuk anda berjumpa dengan doktor. Kami tidak dapat memberikan kesimpulan untuk anda kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Vitamin C merupakan suplemen am bahi semua orang bukan sahaja kepada golongan yang berkecimpung dalam arena bina badan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih