
Sulit
2 tahun
Susah bernafas dan badan berasa tidak selasa
Hi doctor, Saya berumur 14 tahun. Saya berasa susah nak bernafas sejak 2 atau 3 minggu yg lalu… Saya cuba mendiagnosis apa yg terjadi pada tubuh saya di google. Saya berasa tubuh saya tidak selasa dan kadang kadang tubuh saya berasa lemah pada masa tertentu dan sakit dadah sekejap tetapi skrg telah hilang. Adakah ini adalah penyakit seperti barah? Tolong maklumkan secepat mungkin doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut, pemeriksaan serta ujian terperinci adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada ibu bapa anda agar mereka membawa anda berjumpa doktor sekiranya gejala yang anda alami berlarutan atau semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.