
Sulit
5 tahun
Susah bernafas Dan sakit pinggang
Hai…Saya Bella…sejak 2mngu belakangan nie…sy mengalami masalah susah bernafas…kadang2 terasa macam laju jantungnya berdegup…Dan ad rasa sakit…bhg dada kanan…kenapa ya?
Dan…masalah sakit pinggang pun berlaku dalam masa 2bulan nie…masalah sakit pinggang adakah berpunca dari kurang calcium

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Antara faktor jantung berdebar dan sesak nafas adalah:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah Anemia (kurang darah)
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang. Antaranya ialah :
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Sakit pinggang disebabkan masalah batu di pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.