
Sulit
5 tahun
Susah bernafas, kurang selera makan
saya lelaki berumur 31 tahun, dada saya rasa sempit di bahagian tengah susah nk bernafas sikit, demam tiada sakit tekak pon tiada, kurang selera makan, boleh doktor bagi panduan apa yang boleh saya buat. thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit dada yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaa adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Nasihat saya, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya dengan mengetahui sebab kepada masalah anda ini, rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.