
Sulit
4 tahun
Susah naik berat badan
Saya perempuan berumur 23 tahun . Saya ada masalah tiada selera makan . Makan hanya sekali sehari dan terkadang tak lalu langsung nak makan . Berat badan saya 35 tinggi 158 . Saya pernah cuba makan ubat gemuk ginseng dan pernah berkesan ke atas diri saya . Tapi lama kelamaan ubat tu seperti tiada kesan lagi pada saya . Selera makan saya hilang kembali . Persoalannya doktor , bagaimana hendak naikkan selera makan dan naikkan berat badan saya ? saya tertekan dengan masalah yg saya hadapi . Terima kasih doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Melalui keterangan anda diatas kami memahami tentang kebimbangan anda.
Kami memerlukan lebih banyak maklumat tentang selera makan anda. Adalah amat penting anda mempunyai nutrisi dan zat yang secukupnya.
Anda kemungkinan mempunyai kadar metabolisma yang tinggi Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menaikkan berat badan secara sihat seperti:
- meningkatkan pengambilan makanan
- pilih makanan yang tinggi kalori dan mengandungi protein yang tinggi
- mengamalkan makanan yang seimbang
- mengamalkan senaman boleh meningkatkan selera pemakanan
- dapatkan tidur yang cukup kerana badan akan menyimpan kalori sewaktu tidur
Nak berat badan yang ideal? Dapatkan segera!
Dengan melakukan senarai di atas secara berterusan, anda boleh menaikkan berat badan tanpa menggunakan susu weight gain. Jika anda mempunyai persoalan lebih lanjut boleh klik link ini ( DoctorOnCall ) untuk menghubungi dengan doktor kami di atas talian secara peribadi. Terima kasih.
Inginkan nasihat tentang metabolisma anda? Pakar kami sedia membantu