
hafiz95130
5 tahun
Susah nak pancut bila bersama isteri
susah nak pancut bila bersama isteri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda,mungkin anda mengalami masalah ejakulasi pramatang. Untuk makluman pihak anda, masalah Ejakulasi pramatang boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi (Panik/Kemurungan)
- Gaya hidup tidak aktif/merokok/obesity
- Masalah kesihatan yang menyebabkan kerosakan pada organ reproduksi, sistem saraf, atau masalah sistemik secara am( kencing manis).
- Masalah tahap serotonin yang rendah.
Terdapat beberapa cara encik boleh lakukan untuk mencuba merawat ejakulasi pramatang seperti:
- Tidak boleh panik dan terlalu memikirkan tentang masalah ini kerana ini akan menyebabkan encik panik dan kitaran ini akan berterusan.
- Mencuba untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.