
Sulit
4 tahun
Susah untuk bernafas dalam seminggu ni. Saya tidak mengalami demam batuk dan selsema. Cuma mengalami kesukaran untuk bernafas
Hi Doktor. Nama saya Norhamiezah. Umur 31 tahun. Saya ada rasa sukar untuk bernafas dalam seminggu ni. Bila saya tarik nafas agak sukar untuk bernafas dengan dalam. Saya ada buat deep breathing since saya adalah pesakit anxiety. I have no anxious atau baca something yang buruk. Tapi lately saya kerap sukar nak bernafas. Saya memang ada pergi bercuti sehari check in hotel on 17 february for my birthday treat. Until now saya tak ada selsema batuk demam. Cuma mengalami kesukaran untuk bernafas. Boleh doktor bantu saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu nafas tercungap-cungap atau kesukaran bernafas. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Alahan -terutama jika kerap berlaku setelah memakan makanan tertentu. Digalakkan untuk mengelak pengambilan makanan yang dikenalpasti.
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Penyakit jantung koronari
- anxiety
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Sebaiknya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kerana isu sesak nafas adalah isu yang serius. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.