Sulit
2 tahun
Susah untuk bersama
Saya wanita umur 33, suami 35. berkahwin 5 tahun… masalah saya adalah, ketika bersama zakar masih tak dapat lepas. sebab saya terlalu sakit. saya buntu…saya tak pergi jumpa doctor sebab takut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- psikologi (anda terlalu takut untuk bersama)
- kurang ransangan
- faraj kering
- vaginismus
- zakar suami tidak cukup tegang
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.