
Sulit
4 tahun
Suspek endometriosis
Saya perempuan sudah berkahwin setahun. 2 kali keguguran. Pertama di awal perkahwinan. Ke2 bulan 12 2020 . Baru² niey sy baru scan dan doc telah suspek endometriosis. Lagi 2 minggu sy akan follow up.
Boleh sy tahu apa itu endometriosis ? Punca endometriosis dan apa akan jadi sekiranya rawatan tidak diterus kan? Apa rawatan utk endometriosis niey??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan sekeluarga. Namun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Umumnya, Endometriosis merupakan suatu kondisi dimana terdapat tisu dari lapisan rahim tumhub di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit khususnya apabila datangnya haid.
Antara komplikasi yang dapat berlaku sekiranya tidak dirawat termasuk:
- senggugut yang kronik
- gangguan haid
- perdarahan yang tidak normal
- keguguran
- gangguan kencing
- dan lain-lain
Walau bagaimanapun terdapat beberapa kaedah rawatan yang dapat diberikan oleh doktor berdasarkan gejala dan kondisi tubuh anda.
Anda masih ragu-ragu dengan informasi di atas? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Justeru saya tetap menasihatkan anda agar kekal positif dan menunggu kepastian dari doktor anda terhadap diagnosis yang sebenar. Berbincanglah dengan suami dan ahli keluarga yang lain bagi mendapatkan emotional support dan solusi yang terbaik buat anda sekeluarga.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.