
Sulit
4 tahun
Susu badan anak lebih 2 tahun
Saya mengalamai masalah dengan orang sekeliling yang mengatakan susu badan saya berkuman kerana anak lebih 2tahun masih susu badan. Katanya susu badan tiada khasiat untuk anak. Asyik suruh saya stopkan susu badan pada anak dan mengezyorkan letak sos pada payudara supaya anak behenti susu badan.
Betol ke? Susu badan ada kuman dan tak berkhasiat? Betol ke anak bukan minum susu tapi minum darah?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pertama sekali tahniah diucapkan Namun kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Susu ibu terhasil dari saluran kelenjar susu pada payudara, ia merupakan fenomena alam yang sangat unik, berkhasiat dan tidak ada tandingannya apabila dibandingkan dengan mana-mana susu tepung.
Walaupun sesi penyusuan yang berterusan pada kanak-kanak 2 tahun keatas boleh mendatangkan ketidak selesaan ahli keluarga dan rakan, namun kajian mendapati bahawa penyusuan yang lebih lama dari kebiasaanya tidak mendatangkan kemudharatan pada si ibu dan anak. Malah pemberian susu ibu adalah sangat digalakkan sehingga anak bayi sekurang-kurang berusia 6 bulan keatas.
Walau bagaimanapun, umumnya terdapat beberapa tanda yang anda boleh mula mencuba memberhentikan penyusuan bayi demi kebaikan bersama. Antara termasuk
- anda perlu mengamalkan pengubatan yang tidak boleh disertai penyusuan bayi
- anda sudah berasa letih atau tidak selesa dengan penyusuan bayi
- terdapat adik atau bayi yang baru
- anak sudah berumur satu tahun keatas
- anak lebih berdikari & bersedia untuk berhenti menyusu
- anak sudah berkurang minat terhadap penyusuan
Yang jelas, tidak ada waktu yang tepat atau yang lebih baik untuk berhenti menysusu melainkan kedua-dua pihak (ibu & anak) masing-masing bersedia untuk memberhentikkannya.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.