
Sulit
4 tahun
Sy behenti ambik depo. Sy minum the jamu. Sblm ni sy xde dngt dtg period. Lps minum the jamu. Period dh 2minggu.. Adkah nie bermasalah or sbb lain
Sya period 2 mingu xbhnti lagi

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa lagi informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Walau bagaimanapun penggunaan jamu semmangnya tidak digalakkan sama sekali kerana ia berisiko untuk mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik pada tubuh seseorang wanita.
Kadangkala, punca menstruasi berlebihan disebabkan oleh apa-apa penyakit atau keadaan yang boleh menjejaskan struktur dan fungsi rahim dan ovari seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah (punca paling biasa)
- Penggunaan intrauterine contraceptive device atau IUCD
- Ganggguan anatomi (i.e. polip, kista ovari, fibroid, endometriosis, dll)
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik
- Kanser di pintu rahim atau dinding rahim
atau gangguan dari organ yang lain seperti:
- Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Sistem bekuan darah yang tidak normal
- Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.