
Sulit
3 tahun
Sy mira sy ingin beranak lg tp sy sudah berikat sy last berank ank ke 3 tahun 2011
ada kh sy blh beranak lg sbb sy risau suami sy ingin kn ank dri sy tlg sy doktor

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, anda ingin mengetahui sekiranya anda boleh hamil kembali setelah berikat dan terakhir melahirkan anak adalah pada tahun 2011. Sebagai panduan, berikat yang dimaksudkan disini akan dianggap sebagai rawatan tubal ligation. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk maklumat puan, terdapat rawatan yang dinamakan “reversal procedure of tubal ligation” yang lazimnya memerlukan perbincangan dengan pakar bedah. Hal ini kerana berdasarkan teori, kondisi tiub Fallopian yang diikat boleh dibuka semula jika ianya tidak mengalami kerosakan atau tiub tersebut tidak dibuang.
Selain itu, faktor kesihatan dan umur juga perlu dipertimbangkan disamping risiko pembedahan dan risiko kehamilan ektopik sekiranya anda mahu meneruskan prosedur membuka semula tiub Fallopian anda.
Oleh itu, kami boleh membantu anda untuk berhubung dengan doktor secara langsung atau memberikan rujukan ke doktor pakar sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.