
Anonymous
2 tahun
Sy pernah buat aktiviti berisiko
Sy pernah buat aktiviti berisiko. Buat hubungan secara oral dan melalui faraj tanpa kondom. Sudah hmpir 2 bulan aktiviti tersebut. Skrang sy demam turun naik hampir 3 minggu. Doktor kata hanya jangkitan kuman dalam darah. Ada sy dapat penyakit yg berbahaya tu doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Seks tanpa perlindungan contohnya melakukan hubungan seks tanpa memakai kondom dapat mendedahkan sesorang terhadap sexually transmitted diseases (STD). STD dapat tersebar atau menjangkiti melalui contact kulit ataupun cairan tubuh dengan orang yang sudah mempunyai STD. Antara jenis-jenis STD yang paling banyak tersebar melalui oral seks adalah:
- Chlamydia
- Gonorrhea
- Syphillis
- Herpes
- Human Papillomavirus (HPV)
- HIV
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih