
syafiqanurul0311
3 tahun
Sye adalah pesakit Chronic eczema
Sye wanita 20an,sye ad appointment Derm Clinic doktor inform sye chronic eczema.Lately 2bulan ni eczema sye bhgian tapak kaki pd 2 belah kaki smkin teruk& menyebabkan sakit nak berjalan&sakit smpai terasa pd tulang.Ap yg patut sye buat?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami masalah ekzema yang semakin teruk dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, penyakit ekzema kebiasaannya berlaku akibat faktor persekitaran dan genetik. Antara faktor-faktor risiko berlaku ekzema adalah:
- Iritasi akibat produk-produk seperti sabun
- Alahan
- Jangkitan bakteria
- Cuaca terlalu panas atau sejuk
- Diet pemakanan
- Stres
- Hormon yang tidak stabil
Jika ekzema tidak dirawat, ekzema boleh menyebabkan komplikasi yang serius dan kerosakan yang kekal pada tubuh badan anda.
Oleh itu anda disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami boleh bantu dengan lebih lanjut
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor