
Sulit
4 tahun
Tabiat saya sejak pkp tahun lepas
Simptom: bila saya dalam keadaan stres dada terasa xselesa nak bernafas.adakah itu sesak nafas?
Bila dalam keadaan marah saya marah dalam 1nafas.lepas marah dada rasa xselesa bernafas. Adakah itu normal doc? ke panic attack yang saya hadapi ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Isu wabak COVID-19 ini memaksa perintah kawalan pergerakan dilaksanakan yang bertujuan untuk mengelak dari penularan COVID-19 demi kesejahteraan kita. Namun ia dalam diam boleh memberi impak pada kesihatan mental kita. Justeru, kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini.
Bagaimanapun, berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan kurang jelas bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Namun, secara umum, gejala sakit dada dicirikan sebagai perasaan tidak selesa akibat suatu sensasi tekanan pada dada sama ada bersifat seperti tajam atau tumpul. Manakala, gejala sesak nafas pula adalah kesukaran bernafas. Kedua-dua gejala ini boleh menjadi kaitan antara satu sama lain. Jika gejala yang anda alami hanya berlaku ketika sedang stres atau marah, masalah ini turut berhubungan dengan faktor emosi seperti:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- kurang rehat/tidur
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, saya mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kaunseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar dimana penerangan lanjut, diagnosis serta rawatan boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah ini. Terima kasih.