
Anonymous
5 tahun
Tajuk:masalah haid yang berpanjangan
saya mengalami masalah haid yang berpanjangan…selalunya haid akan datang selama 2minggu…dan dia akan berhenti selama dua mggu jgak kdg2 kurag dua minggu…haid saya selalunya pada mulanya akan datang sedikit…selepas smggu lebih akan dtg banyak dan berhenti…jadi sy harap doktor dapat membantu sy agar period sy berjalan dalam masa lebih kurang satu mggu seperti wanita lain

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 sehingga 8 hari. Lama haid dapat dikatakan tidak normal apabila berlangsung selama lebih 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.