
dagangan86
2 tahun
Tajuk Tekanan darah
Saya berumur 33tahun dan bacan tekanan darah sy 105/77/55 da kah ini normal

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Bacaan tekanan darah yang normal adalah antara 110-130/75-89. Berdasarkan bacaan tekanan darah anda, ianya sedikit rendah. Namun jika anda tidak mempunyai gejala seperti rasa hendak pitam, penat, sesak nafas mahupun jantung berdebar-debar maka ianya tidaklah mendatangkan masalah. Sekiranya anda mempunyai gejala yang disebutkan, maka terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kondisi tekanan darah rendah seperti:
- Anemia - kurang sel darah merah
- Dehidrasi
- Kurang garam dalam diet
- Penyakit Addison - iaitu penyakit kurang steroid
- Banyak hilang air dari kencing - seperti penyakit kencing manis
- Penyakit saraf
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.