Anonymous
6 tahun
Tak ada rasa apa apa .. tapi selalu sakit kepala dkt tengkokk je
Actually baru bulan ni i datang period lambat … melebihi tarikh period saya … and then sengugut je kuat . Ada kawan i ckp i mengandung
ada setgh ckp kalau mengandung proses lpeas 2weeks. Ada yg lebih sebulan setgh nak dekat 2bbulan … lepas tu mengandung … i jadi panikk … hmm
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai punca perubahan tempoh haid dan kitaran menstruasi anda. Selalunya ia dipengaruhi oleh perubahan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Keletihan
- Aktiviti harian yang sibuk
- Tekanan emosi
- Terlibat dengan kegiatan sukan lasak
- Perubahan berat badan mendadak
- Penyakit seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
- Kehamilan
Sekiranya perkara ini membimbangkan anda, haid anda menjadi semakin tidak teratur atau terdapat simptom lain yang mengganggu anda ketika haid, anda boleh rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami melalui atas talian secara percuma. Terima kasih.

























