
Sulit
4 tahun
Tak datang bulan selama sebulan
Saya ada masalah period tak datang sebulan
Bulan 1 dan 2 datang macam biasa tapi bulan 3 tak datang bulan sampai lh sekarang …
Last period 18hb bulan 2
Tapi saya ada terasa gatal pada kemaluan dan ada keputihan sedikit
Apa kah masalah kesehatan saya dokter

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tidak datang bulan selama sebulan atau haid lewat. Untuk makluman anda, masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Ketidakseimbangan hormon
- gaya hidup yang terlalu aktif
- berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Ubat-ubatan tertentu
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Mengenai masalah keputihan dan gatal pada kemaluan, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda tentang masalah ini. Namun, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan seperti:
- jangkitan kulat
- iritasi kulit
- keadaan kulit -ekzema
- jangkitan seksual
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid yang lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!