
Sulit
3 tahun
Tak datang haid sebulan
Saya wanita remaja berusia 14 tahun saya tak datang haid sebulan dan perut saya sakit di bahagian belah kanan kdg² , dan saya tak pernah sentuh mana² lelaki pun , jadi saya sakit ape doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- usia
- berat badan yang terlalu rendah
- tekanan emosi
- gangguan pemakanan
- policystic ovary syndrome (PCOS)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.