
Sulit
4 tahun
Tak.nak teruksan kehamilan
Saya tak teuskan kehamilan .sudah disahkan saya hamil …cuma tak tahu berapa minggu …bulan lepas saya piriod .cuma bulan ni je saya tak piriod…saya dah mula.rasa mual.waktu pagi,loya,dan perut tak selesa …adakah saya boleh gugurkan secara makan.pil.sahaja …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan yang munasabah adalah salah di sisi undang-undang.
Namun begitu, haid yang lewat juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan atau bantuan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.