
aisyahidris430
5 tahun
Tak period selama 2 bulan
saya wanita yang berumur 19 tahun dan saya dah lewat period saya selama hampir 2 bulan. saya mengalami sakit di bahagian pinggang dan belakang. di bahagian bawah perut juga sakit. dan saya kerap buang air kecil. sakit di bahagian pinggang rasa seperti mencucuk. sama dengan sakit belakang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca yang akan melambatkan haid, Antaranya ialah:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Ubat-ubatan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih