
Sulit
5 tahun
Tak sedap badan dan terasa pedih di kemaluan
Hi dr, saya syazni… 2 mnggu lepas saya demam lebih 3,4 hari… Lepas itu… Rasa tk sedap badan… Saya pergi ke klinik balik… Dr klinik tu cakap demam dh tak ad , tekanan darah ap semua ok…, lpas tu ok dh tkda msalah badan lesu or ap2… Dan skrang… Saya rsa badan saya tk selesa , tngan kiri dan kaki kiri terasa lenguh dan kemaluan saya pedih selepas kencing … Kenapa ya doktor…?? Boleh terangkan tak ap masalahnya… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran kencing
- Batu pada saluran kencing
- Penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut seperti sampel cecair adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.