
Sulit
5 tahun
Takdatang period lepas seks
Saya umur 21 tahun, baru saja lepas kawin. Saya nak tanya kenapa saya tak datang haid yaa lepas jalankan seks. Tapi suami saya pakai protection. Saya selalu period dalam 23-27 macam tu tapi sekarang dah 30 tapi tetap tak period. Yaa tu hubungan kali pertama untuk saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda. Untuk makluman pihak anda, ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kebocoran atau teknik pemakaian alat pelindung (kondom) yang salah, meningkatkan peluang kehamilan.
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja. - Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda. - Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid. - Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat.
Sekiranya gejala ini berlanjutan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.