
Sulit
4 tahun
Takrifan pesakit darah tinggi
Saya lelaki berusia 46 tahun. Bacaan tekanan darah tinggi saya kerap berubah2. Memandangkan sy setiap hari ke hospital untuk tujuan dressing luka bedah, tekanan darah yg diperolehi adalah 135-140 dalam keadaaan normal. Adakah saya dikira sebagai pesakit darah tinggi jika bacaan tekanan darah melebihi 140 hanya ketika demam, sakit atau penat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah tekanan darah terlalu tinggi ketika melawat hospital. Untuk makluman anda, tekanan darah tinggi adalah jika bacaan tekanan darah yang diambil adalah lebih daripada 130/80 untuk tahap 1 dan lebih daripada 140/90 untuk darah tinggi tahap 2.
Namun, terdapat banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi tekanan tinggi darah anda seperti:
- Umur
- Kurang bersenam
- Permakanan yang mengandungi garam tinggi
- Berat badan yang obese atau BMI yang tinggi
- Kolesterol tinggi
- Merokok
- Gangguan stress
Selain itu, tekanan darah tinggi boleh juga disebabkan oleh Primary essential hypertenstion yang berlaku kerana tekanan darah yang naik disebabkan oleh faktor-faktor umur dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, terdapat sejenis kondisi yang digelarkan sebagai White coat hypertension dimana pesakit akan mengalami tekanan darah tinggi setiap kali mereka berjumpa dengan doktor atau berada dalam hospital. Kemungkinan punca masalah adalah yang telah dinyatakan.
Kami sarankan anda untuk menyemak kembali tekanan darah anda dirumah bagi mendapatkan kepastian. Kami juga mencadangkan anda untuk mengubah gaya hidup kepada gaya hidup yang lebih sihat dan juga menjaga permakanan anda dengan mengurangkan makanan yang berlemak tinggi dan juga yang diproses.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.