Sulit
5 tahun
Takut untuk bersama
Saya wanita berumur 32 tahun. Saya baru berkahwin 2 bulan lepas dan tidak pernah melakukan hubungan sex bersama suami kerana rasa takut. Pernah sekali suami saya cuba memasukkan zakar tp saya rasa sakit. Keinginan untuk melakukan sex itu ada tapi rasa takut lebih menguasai diri saya. Tambahan pula, saya ada masalah buasir.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Ia adalah perkara yang normal untuk berasa takut ketika melakukan hubungan seks buat kali pertama. Namun, perasaan takut atau resah secara berlebihan boleh mengganggu hubungan intim anda dengan suami anda. Oleh itu, anda boleh berbual dengan suami anda dan nyatakan kerisauan anda. Anda juga boleh melakukan pelbagai cara untuk menenangkan diri seperti memainkan music.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































