
Sulit
4 tahun
Takut untuk membuat hubungan seks dengan suami
Saya wanita 27tahun. Sudah berkahwin 2tahun. Tapi sampai sekarang saya takut untuk melakukan hubungan seks dengan suami. Pernah suami cuba untuk memasukkan tapi saya rasa sakit sehinggakan tidak mahu mencuba lagi. Bolehkah doktor beri nasihat untuk hilangkan perasaan takut dan sakit untuk bersama

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu takut untuk membuat hubungan seksual dengan suami. Ia adalah perkara yang normal untuk berasa takut ketika melakukan hubungan seks buat kali pertama. Namun, perasaan takut atau resah secara berlebihan boleh mengganggu hubungan intim anda dengan suami anda. Oleh itu, anda boleh berbual dengan suami anda dan nyatakan kerisauan anda. Anda juga boleh melakukan pelbagai cara untuk menenangkan diri seperti memainkan musik.
Namun, sekiranya masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat dengan lebih mendalam serta rawatan yang tepat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.