
Sulit
4 tahun
Takut yg agak melampau
Dok,saya ade perasaan takut tok menelan… takut tercekik… ade cara x mengatasi masalah saya ini? Takut bila saya makan akan tercekik. Ubat2 pun sama saya takut.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Namun kami turut memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun umumnya gangguan anda boleh dikaitkan dengan beberapa gangguan tubuh, antaranya termasuk:
- gangguan cemas
- gangguan fobia
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan saluran makan (i.e. GERD, dll)
- stress otot yang berlebihan
- gangguan muskuloskeletal atau saraf
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.