
Sulit
4 tahun
Tanda lahir atau penyakit kulit
saya mempunyai kulit berwarna merah,tetapi tidak gatal,dan bertukar warna apabila sejuk menjadi ungu. ia bukan bintik atau tompok,saya diibaratkan kulit merah. ia di tangan dan di dada.adakah ini penyakit atau tanda lahir?? saya masih remaja dan ingin tahu tentang diri saya, thank you :>

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kebimbangan atas gejala tompokan darah yang anda alami. Maklumat yang anda berikan adalah tidak cukup untuk mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Kami memerlukan maklumat yang lebih mendalam. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.
Inginkan nasihat perubatan untuk masalah kulit? Dapatkanlah nasihat doktor pakar kulit (dermatologist).