Sulit

3 tahun

Tanda tanda bersalin

Saya sekarang dh 40weeks . Doktor bagi masa smpai 30/12 ni utk serah diri selagi tak bersalin . Tpi hrini saya sakit pinggang sgt² . Nk baring tak boleh . Duduk atau jalan tak sakit . Sakit pinggang ja, perut tak mengeras punn.

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, jika anda memiliki tanda-tanda berikut, anda mungkin bakal melahirkan anak dalam masa yang terdekat.

  • Kepala bayi telah turun ke dalam pelvis

Kebiasaannya, doktor akan memeriksa kedudukan kepala bayi ke dalam pelvis beberapa minggu sebelum bayi dilahirkan. Ibu hamil akan berasa lebih mudah untuk bernafas kerana kurang tekanan pada otot yang memisahkan paru-paru dan organ di abdomen iaitu Diagrafma.

  • Penghasilan bendalir (Mucus plag)

Penghasilan bendalir ini adalah merupakan salah satu gejala awal kelahiran. Cecair ini dihasilkan di serviks dan ia berfungsi untuk melindungi serviks daripada jangkitan kuman. Apabila kepala bayi mencecah serviks, bendalir bersama-sama darah dirembes keluar memberi gejala awal kelahiran ini.

  • Sakit belakang

Ibu hamil mengalami sakit punggung, perut dan bahagian belakang kerana bayi telah menurun hingga ke pelvis menyebabkan ketegangan pada ligamen dan otot rahim.

  • Letih dan lesu

Ibu hamil akan menjadi lebih mudah letih. Antara punca kepada keletihan yang berlebihan adalah disebabkan kesukaran bernafas seperti sesak nafas yang kerap dialami sewaktu berjalan.

  • Kerap ke andas untuk membuang air kecil

Kepala bayi dalam kandungan telah memenuhi ruang pelvis sehingga memberi tekanan kepada pundi kencing.

  • Pecah air ketuban

Bayi dalam kandungan dilindungi lapisan amnion yang mengandungi cecair jernih. Apabila bayi bakal dilahirkan, lapisan tersebut akan pecah sehingga menyebabkan ibu hamil mengalami gejala seperti mengeluarkan air jernih melalui faraj. Apabila hal ini berlaku, proses bersalin kebiasaannya akan bermula. Jika kelahiran tidak berlaku, doktor akan menjalankan induksi bagi memudahkan proses bersalin untuk bermula. Hal ini kerana, terdapat risiko jangkitan kuman pada struktur rahim, serviks apabila lapisan ini pecah. Jika anda mengalami gejala seperti pecah air ketuban dan kontraksi , terdapat kebarangkalian bahawa anda akan melahirkan bayi dalam masa yang terdekat.

  • Kontraksi

Apabila wanita hamil mengalami kontraksi yang kerap, hal ini merupakan penanda kepada bayi sedang dilahirkan. Kontraksi tersebut hendaklah lebih kerap, diselangi kurang daripada 10 minit, dan menyebabkan kesakitan yang berlipat kali ganda jika tiada sebarang pengambilan ubat tahan sakit. Kontraksi membantu dilatasi serviks dan menyumbang kepada penipisan bibir serviks bagi membuka ruang untuk melahirkan bayi.

  • Pendarahan

Sesetengah pendarahan boleh disebabkan oleh masalah berbahaya seperti uri dia bahagian bawah rahim atau menutup serviks, uri yang terkeluar sebelum bayi dalam kandungan, kedudukan darah di tali pusat yang terdedah dan rahim yang telah pecah. Walaubagaimanapun, ia juga boleh menjadi gejala sewaktu diambang kelahiran bayi lebih-lebih lagi setelah bayi menghampiri pintu pelvik.

Antara persiapan yang anda harus lakukan apabila mengalami gejala hendak bersalin adalah seperti:

  • Menghubungi doktor anda, jika anda telah membuat tempahan di hospital swasta
  • Kerap berjalan bagi membantu meningkatkan bukaan rahim
  • Minum air dan makan dengan mencukupi bagi memberi tenaga semasa proses melahirkan
  • Meminta bantuan pasangan membawa kelengkapan untuk bayi dan ibu selepas melahirkan anak.

Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.

Anda disarankan untuk mematuhi nasihat doktor untuk pergi ke hospital pada 30/12 ini walaupun anda tidak mempunyai sebarang perubahan gejala. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

AdobeStock_2702651%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)