
Sulit
4 tahun
Tanda tanda jangkitan covid 19
Batuk,lemah seluruh badan,telinga berdengung, hilang deria bau, kurang selera makan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui punca anda mendapat gejala tersebut.
Terdapat beberapa punca mengapa anda mengalami masalah seperti yang diperkatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Selsema atau common cold
- Radang sinus
- Jangkitan pada kelenjar air liur
- Radang tonsil
- Jangkitan telinga
- Polip hidung
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami gejala sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan boleh diberikan kepada anda berdasarkan diagnosis yang diberi.
Berikut merupakan sedikit info berkenaan COVID-19:
Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Kami sarankan anda untuk memantau dan mengawasi gejala anda dan segera menghubungi pihak berkaitan sekiranya keadaan anda semakin melarat.
Kami juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC :
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung di atas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini